
|
sweet owner Credits!
| KISAH PEMUDA BERIBU BAPAKAN BABI Assalamaulaikum..Bertemu kembali..Ecehh..Tahun 2015 dah..Dah lama sangat tak update blog ni.. Nak cite sikit pasal pemuda yang beribu bapakan BABI..Petikan ni dari novel SAKA.. Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh berbicara langsung dengan Allah s.w.t. setiap kali dia hendak bermunajat,Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.Di atas bukit itulah dia akan berkomunikasi dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada saat itu juga.Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah."Ya Allah ,siapakah orang di syurga nanti yang akan bertetangga dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu,kampung serta tempat tinggalnya.Setelah mendapat jawapan,Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang di beritahukan kepadanya.Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat tersebut. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ,beliau dapat bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak langsung melayan Nabi Musa.Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.Sesaat kemudian die keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.Babi itu didukungnya dengan berhati-hati.Nabi Musa terkejut melihatnya.Apa hal ini?kata Nabi Musa berbisik di dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantarkan kembali ke dalam bilik.Tidak lama kemudian dia keluarkan sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar.Babi itu juga dimandikan dan dibersihakn.Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.Babi itu kemudian di hantarkan kembali ke dalam bilik. Setelah itu barulah die menghampiri Nabi Musa."Wahai saudara!Apa agama kau?'. "Aku agama Tauhid."Jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Lalu.mengapa kamu membela babi?"Kita tidak boleh berbuat begitu."Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba."Kata pemuda itu." "Sebenarnya kedua babi itu adalah orang tua kandungku.Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang buruk rupanya.Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.Itu urusan mereka dengan Allah.Aku sebagai anaknya tetap melaksankan kewajibanku sebagai anak.Sehari-hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku sebagaimana yang tuan hamba lihat tadi.Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,aku tetap melaksanakan tugasku."Sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan.Aku memohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia kembali,tetapi Allah masih belum mengkabulkannya".Tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu jugalah Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s :Wahai Musa inilah orang yang akan bertetangga dengan kamu di syurga nanti,kerana baktinya yang sangat tinggi kepada kedua orang tuanya.Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia tetap berbakti juga.Oleh kerana itu,Kami telah menaikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: "Kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami,maka Kami angkat doanya.Tempat kedua orang tuanya yang Kami sediakan di neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Jadi,walau banyak mana sekali pon dosa yang mereka lakukan.itu juga bukan urusan kita,urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua orang tua kita diampuni Allah.Aminn~ |